Profile Syarikat

My photo
Subang Bestari, Shah Alam,Selangor, Malaysia
HQ HALAL BESTARI TRADING No.29-1, Jalan Musytari Am U5/AM, Section U5 40150 Shah Alam,Selangor,Malaysia HP : 016-3823837 / 016-3497825 Email : halalbestari2u@gmail.com www.halalbestari.com

Thursday, March 22, 2007

2 daripada 10 orang penduduk dunia mengidap masalah kulit-HARIAN METRO

20 peratus penduduk dunia menghidapi masalah kulit- HARIAN METRO 5.Oct.06> Masalah keturunan - HARIAN METRO 5.Oct.06> Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN>> SETIAP kali melakukan kerja di tengah panas, ruam> kecil akan muncul di tangannya. Gatalnya hanya tuhan> yang tahu terutama apabila terkena peluh. Makin> digaru, makin banyak pula yang tumbuh sehingga> kadang> kala menjadi kudis besar.>>> Bermacam ubat dicuba tetapi masalah kulit sensitif> yang dialaminya masih tidak hilang. Selalunya ia> mengambil masa satu hingga dua bulan untuk sembuh,> itupun jika dia dapat menahan keinginan 'menggaru'> dan> sentiasa menyapu ubat pada bahagian yang gatal.>> Gejala di atas adalah sebahagian daripada masalah> keradangan kulit atau lebih dikenali sebagai ekzema.> Ekzema adalah istilah umum kepada atopik dermatitis> (alahan kulit) yang berlaku pada kebanyakan orang.>> Dianggarkan 10 hingga 20 peratus penduduk dunia> mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak> kecil. Kajian mendapati hampir 10 peratus bayi> berumur> tiga hingga enam bulan mengalami ekzema, 40 peratus> berlaku pada bayi yang berumur 18 bulan ke atas dan> 60> peratus di kalangan remaja.>> Menurut Pakar Kulit, Dr Ruban Nathan, masalah alahan> kulit atau ekzema boleh berlaku kepada sesiapa saja> tanpa mengira umur dan pada bila-bila masa. Biasanya> ia berlaku pada bayi seawal usia dua bulan dan> kanak-kanak berumur dua tahun.>> Hampir 75 peratus pesakit mula mengalami masalah> ketika berumur enam bulan dan 90 peratus lagi> mendapat> ekzema selepas berumur setahun. Malah, ekzema juga> kini sudah menjadi masalah biasa di kalangan> kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ramai> individu yang mengalami ekzema turut mempunyai> masalah> alahan rinitis dan asma.>> Apabila ekzema menyerang, kulit akan menjadi merah,> kering, radang dan terasa amat gatal. Kawasan yang> kerap dilanda masalah ialah tangan, pergelangan> tangan, leher, muka, kulit kepala, siku dan kaki.>> Bagaimanapun, dalam kes yang teruk ia boleh> membabitkan seluruh badan termasuklah di kemaluan.> Apabila digaru, ia menjadi semakin besar dan kadang> kala boleh berdarah.>> Gejala alahan kulit ini datang dan pergi. Masalah> hanya akan timbul apabila seseorang itu terdedah> kepada faktor yang merangsang alahan. Sehingga kini> punca sebenar alahan masih belum diketahui tetapi ia> dipercayai disebabkan tindak balas tidak normal> sistem> pertahanan badan terhadap persekitaran.>> Ia adalah masalah keturunan dan individu yang> mempunyai sejarah keluarga mengalami ekzema berisiko> tinggi mendapat masalah yang sama. Walaupun rupanya> agak buruk dan menakutkan tetapi ekzema tidak> berjangkit serta mudah dirawat.>> "Setiap orang mengalami alahan yang berbeza.> Biasanya> agak susah hendak menentukan faktor yang menyebabkan> seseorang itu alah.>> Pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan> masalahnya.>> "Makanan biasanya bukan penyebab alahan kulit> walaupun> ramai yang kata mereka alah pada makanan laut. Jika> seseorang itu alah pada makanan, dia akan mengalami> masalah gatal-gatal dalam masa 20 hingga 30 minit> selepas makan. Ada juga yang berasa gatal sebaik> menyentuh makanan berkenaan," katanya.>> Pencetus alahan>> Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan> kulit> dan ia berbeza antara setiap pesakit. Pesakit boleh> alah kepada banyak benda seperti sabun, habuk,> sengatan serangga atau alat yang dibuat daripada> logam.>> Ada pesakit yang alah kepada nikel. Ini bermakna dia> tidak boleh memakai sebarang alat yang dibuat> daripada> nikel termasulah tali pinggang atau lencana besi> walaupun ia berlapik. Ini kerana serbuk nikel boleh> terkena pada kain dan mencetuskan keradangan kulit.>> Malah, ada individu yang tidak boleh bersentuhan> dengan permukaan kasar seperti kain keras. Ini> menyebabkan kulitnya berasa gatal. Masalah menjadi> lebih buruk apabila individu berkenaan berpeluh> kerana> peluh mengandungi urea (bahan toksin) yang akan> menyebabkan rasa lebih gatal.>> Sekiranya langkah rawatan disenaraikan tidak berjaya> mengurangkan masalah alahan kulit, Dr Ruban> menasihatkan mendapatkan nasihat pakar. Ada beberapa> ubat yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini> seperti ubat sapu steroid dan imunomodulator,> antibiotik dan antihistamin.>> Malah, pengambilan pil makanan tambahan seperti> probiotik (bakteria baik untuk sistem usus) juga> terbukti membantu mengurangkan keradangan atau> alahan> kulit kerana ia meningkatkan sistem imun badan.>> Kajian mendapati pengambilan probiotik ketika> mengandung dan selepas melahirkan anak mampu> meningkatkan daya ketahanan badan kedua-duanya serta> mengelakkan masalah alahan pada si kecil.>> "Paling penting ialah hentikan menggaru kulit yang> gatal. Ia hanya akan memburukkan keadaan kerana> apabila bakteria masuk ke dalam badan ia boleh> menyebabkan lebih banyak jangkitan walaupun menggaru> itu boleh memberikan kelegaan sementara.>> "Langkah pertama yang perlu diambil ialah berjumpa> dengan pakar kulit. Ramai orang cuba mengubati diri> sendiri dengan membeli ubat di farmasi tanpa> mendapatkan pandangan dan panduan pakar. Ini langkah> kurang praktikal kerana ramai yang tidak pasti> dengan> masalah mereka sendiri," katanya.>> -Rawatan alahan>> KATA Dr Ruban, cara yang paling berkesan ialah cuba> mengelakkan alergen iaitu faktor pencetus alahan.> Bagaimanapun, cara ini agak sukar dipraktikkan> terutama jika seseorang itu alah terhadap makanan> tertentu. Bahkan agak mustahil juga untuk> mengelakkan> diri daripada berada dalam persekitaran panas kerana> iklim negara kita yang panas sepanjang tahun.>> Antara cara yang boleh diamalkan ialah:>> -Memakai losyen pelembab setiap kali selepas mandi.> Ia> bertujuan 'mengunci' air yang masuk ke dalam sel> kulit> ketika mandi untuk mengekalkan kelembapan dan> mengelakkan keradangan atau kegatalan.>> -Gunakan sabun yang lembut ketika mandi.>> -Cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan> jangkitan bakteria.>> -Pakai sarung tangan getah apabila membuat kerja> rumah> bagi mengelakkan kulit terkena bahan kimia dala> sabun> atau serbuk pencuci.>> -Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.>> -Berhenti menggaru dan pastikan kuku sentiasa> dipotong> pendek. Pakaikan sarung tangan kepada bayi yang> mengalami ekzema.>> -Jangan pendam masalah. Ceritakan kepada kawan> supaya> masalah itu dapat diatasi. Jika masih tidak berjaya,> dapatkan nasihat pakar supaya anda boleh> mengendalikan> tekanan dengan baik.>> -Galakkan anak anda untuk meluahkan perasaannya.>> -Belajar untuk bertenang dan berehat. Ini dapat> mengurangkan tekanan dan risiko serangan ekzema.

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian info sangat manfaat.
Saya sekeluarga ambil yang haq sahaja.lain lain tiada.